Saturday, 23 April 2011

yaALLAH, KAU...


ya ALLAH,
KAU ciptakan dunia yang indah,
KAU berikan nikmat yang tak ternilai,
KAU hadiahkan aku kehidupan,
KAU berikan aku denyutan jantung,
dan KAU hidupkan aku dalam keluarga
yang sempurna punya ibu dan ayah...

ya ALLAH,
KAU kurniakan aku kasih sayang,
KAU limpahkan aku dengan rahmat-MU,
KAU hadiahkan aku talian persaudaraan,
KAU hadirkan sahabat temani hari-hariku,
dan KAU indahkan lagi dengan silaturrahim yang erat,
betapa besarnya pemberian-MU..

ya ALLAH,
KAU titipkan kasih sayang di hati kecilku,
KAU wujudkan cinta buat seluruh alam,
KAU jadikan bintang hiasan malam,
KAU sediakan mentari di siang hari,
dan KAU tidak pernah meminta balasan,
malahan KAU teruskan memberi tanpa henti...


ya ALLAH..
tidak terjangkau untuk aku fikirkan,
susunan ayat seterusnya,
terlalu banyak untuk di syukuri,
terlalu sukar untuk di nyatakan,

moga kami tergolong dalam hamba yang...
tidak alpa akan nikmat-nikmat pemberian MU..

2 comments:

  1. i'Allah....
    Jika kita sentiasa berpaksikanNya ;)

    ReplyDelete
  2. insyaallah...kita sentiasa di paksinya

    ReplyDelete