Friday 16 September 2011

suSaH akU mencaRi kaWaN


Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Hulur persahabatan dengan iklas
Tanpa sebarang bayaran dan balasan
Atas ikatan suci persuadaraan…

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Menerima keindahan dan keburukan
Kecacatan dan kesempurnaan anugerah ILLAHI
Pada raut diri aku seorang hambaNYA..

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Mendengar dan berkongsi setiap rasa
Tawa serta tangisan bersama
Saat ujian pencipta menimpa diri ini…

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Tidak aku ditinggalkan tanpa alasan
Tidak aku dicaci kerana emosinya
Tidak aku disalahkan atas kecurigaannya
Dan tidak aku dibiarkan menangis atas pemergian
Kerana terungkai ikatan yang terbina selama ini…

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Sudi bersahabat seperti kamu
Harungi masa tempuhi cabaran bersama
Sesungguhnya kehadiranmu ku harapkan
Sebagai pemangkuku takala hilang tempat berpaut
Dan sesat tika berlayar di keluasan dunia ILLAHI…

Ady
1809pm
16/09/11

Wednesday 14 September 2011

coretan : nisrin(facebook)

salam semua...
 Tahu.., dalam facebook ak plg suka tgk wall kak Nisrin ni... byak yang best, jadi let we share it 2gether..



You know why Allah created gap between fingers?
So that, when at some day one who is made for you comes 
and fills those gaps by holding your hand.. :)


Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati 
dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan 
dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh 
yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah.
Bila menangis tiada siapa yang tahu. Semuanya demi 
maruah diri.Walau siapapun kita, di mana kita berada,
langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak.Selagi 
kita hidup, langkah mesti diteruskan.Jangan 
sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita 
adalah sebahagian dari makhluk Allah yang sedang diuji.




Ya Allah, titipkan ketenangan buat dia yang sedang keresahan..
Ya Allah, kembalikan keceriaan buat dia yang kedukaan..
Ya Allah, gantikan tangisan dia dengan senyuman..
Ya Allah, jika ini ujian maka berikan dia kekuatan.
Kerana tiada yang lebih mengerti perasaannya melainkan-Mu Allah.





May the stars carry your sadness away,
May the flowers fill your heart with beauty,
May hope forever wipe away your tears,
And, above all, may silence make you strong.




Belajarlah DIAM dari banyaknya BICARA, 
Belajarlah SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajarlah KESUSAHAN dari kehidupan yang SENANG, Belajarlah MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN, Belajarlah KEIKHLASAN dari sebuah KEPEDIHAN, Belajarlah TAWAKKALdari UJIAN, 
Belajarlah REDHA dari satu KETENTUAN.


ayat di atur indah sekali, kurniaan ALLAH pemikiran yang reatif..smga lbih banyak ayat2 dapat di hasil kan..jadi nasihat buat smua..AMIN