Tuesday 17 January 2012

kecewa.

salam,
 pernah rasa kecewa?? atas alasan apa kecewa??
 orang yang sayang kita tak akan menipu kan.. kalau terpaksa sekalipun dalam masa terdekat dia akan beritahu kebenaran dan alasan, macam tue cara family saya. mak dan abah tak akan menipu. kalau da pa2 yang dowq tak nak kami tahu dowq akan diam tak akan sentuh perkara itu.. 
LEBIH BAIK DIAM DARI BERSUARA, DARI BERSUARA TAPI KELUARKAN SESUATU YANG DUSTA..

SO SIMPLE KAN... FIKIR-FIKIRKAN LAH
APA YANG TERLINTAS DI HATI DAN PEMIKIRAN AWAK



tidak saya tahu apa yang awak sembunyikan
tidak saya tahu apa yang terdetik di pemikiran awak
cuma yang saya lihat wajah awak
cuma yang saya dengar suara awak
tapi..
DIA bersama saya
DIA tahu segala nya
dan
saya akan tahu andai 
DIA IZINkan saya..
<3

Sunday 15 January 2012

yaALLAH..aku,

YaALLAH..
Aku merinduiMU,
Aku  jauh dari ayat-ayat cintaMU..
Ampuni kelalaian aku,
Lalai dalam mengingatiMU..

YaALLAH…
Terima kasih atas rahmatMU..
UNTUK SETIAP NAFAS PELUANG
Yang KAU berikan untukku
Peluang yang sentiasa ada
Tapi aku yang persia-siakannya..
Ampuni aku untuk itu..

YaALLAH,
Tidak aku mahu menjadi hambaMU
Hamba yang dimurkai
Hamba yang menderhaka
Bantui aku yaALLAH
Untuk bangun melangkah betulkan
Segala kesilapan semampu aku..
SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGAMPUN
LAGI MAHA PENGASIH…
Dan tidak akan terjadi sesuatu
TANPA IZINMU


Adyla
10.30pm 15/01/2012

Friday 13 January 2012

saya hanya saya


tiada yang sempurna SESEMPURNA DIA, 
'tiada daya dan upaya melainkan izinNYA'
ALHAMDULILLAH.. exam kali ini berjalan lancar
walaupun aku bukan student yang 'ulat buku' tapi
semuanya dapat aku buat dengan baik..
TERIMA KASIH YA ALLAH
permudahkan segala urusanku
ENGKAU yang meperkenankan doa mereka
mereka yang sentiasa menyayangiku walau apapun
yang terjadi... love you, both of my mom and daddy


Thursday 12 January 2012

sewaktu masa itu berlalu

sewaktu masa itu berlalu,
sempatkah kau menahannya??
sewaktu masa itu berakhir
sempatkah kau mengulangnya..???
sewaktu masa itu terjadi
sempatkah kau menghentikannya..??

segala yang berkaitan dengan masa takkan dapat diubah walau sesaat setelah ia berlalu..
segala yang sudah melepasi waktu anggap sebagai satu kenangan yang singgah dilubuk 
memori kita dan sekarang semua menghampiri hari-hari tua..

p/s: anda fikir anda muda ?? tapi tidak ajal.. setiap masa ingatlah ajal..pasti menjemput walau dalam kejutan yang tak dijangka..mati itu indah, hidup itu bertuah...



12.01.2012
1.07pagi
MUTIARA,LABUAN

Saturday 7 January 2012

all in our hand

salam..
   saat masalah datang mencuit hati.. perasan mula terasa mendung.. jangan cepat tergugat.. ingat 'LA HAULA WALA QUWWATA ILLABILLAH..' tiada daya dan upaya melainkan dengan izin ALLAH..

   saat awak tersenyum, dia berduka...saat dia ketawa awak menangis... saat dia girang, awak derita.. semua itu ada dalam khidupan setiap orang, tak da orang lain yang tahu apa awak rasa dan alami lebih dari diri awak sendiri..DIRI KITA ADALAH PENAWAR DAN RACUN DALAM KEHIDUPAN KITA.. all in our hand.. kuat kan semangat anda mengharunginya...

malaikat disisi kita.

salam,
sesuatu yang saya dapat dari blog en.Nasbun Norain. sesuatu yang kita sedar dan selalu kita abaikan dan melupakan. 
KITA SEMUA TAHU :
Setiap manusia mempunyai malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk yang menjaganya, mencatit amalannya dan merekodkan perbuatannya.
TAPI TAK SEMUA TAHU
Ada malaikat yang bertugas pada setiap 2 waktu sembahyang (Subuh dan Asar).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan ‘Asar kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya dan Dia sebenarnya memang mengetahui : Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu sepeninggalan kamu?” Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula”.(Hadis sahih riwayat Muslim).
KITA SEMUA TAHU :
 Ada malaikat yang mencatit kebaikan dan keburukan manusia.
TAPI TAK SEMUA TAHU:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: “Tunggu dahulu;” lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”
TIDAK SEMUA TAHU DALAM SEHARIAN:
Malaikat Raqib dan Atid merekodkan percakapan manusia, manakala malaikat Kiraman Katibin merekodkan perbuatan manusia.
Qaf [17] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Friday 6 January 2012

the bell will ring

salam,

 Erm hari-hari sedang berlalu menghampiri saat penghabisan sem 3. yaALLAH terasa bahagia bila rindu yang bertakung bakal dilimpahkan kepada yang berhak... terbayang nanti riak wajah yang pelbagai dan setiap satu mengandungi maksud tersendiri.. apa mereka sama seperti aku, merindui disaat kejauhan..



can't stop to miss
can't stop to love
can't stop to wait
and wait and wait
wait the time that will....
erm.... 
meet each other.

bagaimana kamu memandang diri kamu?

Selawat Syifa' - Hijjaz


Ya ALLAH, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.