Friday, 22 June 2012

Mutiara santai

Salam..


Sekarang ramai muda mudi jatuh hati.. ALHAMDULILLAH andai perasaan itu dapat mengikat dua hati sampai ke alam perkahwinan dan lagi beruntung mau terus berpanjangan sehingga ke syurga.. itu impian semua pasangankan... 


Kalau saya perlukan seseorang ketika sunyi, itu macam saya pergunakan dia ja..


Perasaan itu memang anugerah tapi kita juga kena tau macam na nak kawal supaya tak terbabas dari yang seharusnya..


Lagipun kita tak tau apa yang bakal kita hadapi esoknya.. Hidup ka, Mati ka, sihat atau tidak... semua DIA mengetahui.. kita rancang tapi DIA yang menentukannya.. mudah2an segala urusan berjalan lancar..AAMMIIIINNN..


Sekiranya ia berakhir separuh jalan, redhakan perpisahan itu.



Sunday, 17 June 2012

LOV3 ..


Hai... nie aku ambil dari wall facebooking tadi... yup..menyayangi apatah lagi menyintai sesuatu pasti akan terselit kesakitan walau dalam kebahagiaan. :)


Loving Someone Who Doesn't Love You Back Is Like Hugging A Cactus...

The Tighter You Hold On, The More It Hurts.. 





Dan mencintai tak bererti mengubah seseorang menjadi seperti orang yang lain. Dan ia akan sentiasa memberi kita semangat dan keyakinan dalam pelbagai hal..

Trust Ur heart and u will see something that u never knows...

You don't need to be better than others 
just be the best for the right person..

saya BAKAL pulang dan awak BAKAL pergi

 SALAM..
 
 Hari kian menghampiri waktu perlepasan penerbangan dari labuan ke kampung halaman. Exam berbaki  3 kertas dan hari kian cepat berlalu. Indahnya kesabaran dalam sebuah penantian yang sepi.

 Teringat saat di jemput di airport oleh someone yang sangat dirindui dan dinanti. Kehadiran yang mendatangkan seribu satu erti. Hati sedikit tersentuh bila orang itu bukan my family but You. Tak bermakna tak suka awak ambik tapi lagi berharga bila jejak kaki wajah mak dulu yang saya nampak...

 Awak,
 Saya akan balik, sempat tak kita jumpa sebelum awak pergi???

 Erm..
Baik jangan terlalu berharapkan.. Saya yakin yang DIA akan tetapkan yang terbaik untuk saya dan seandainya berjumpa dengan awak adalah yang terbaik maka DIA akan pertemukan kita even just for a minutes.

Thank untuk jam tangan dan cincin...





Sunday, 10 June 2012

setiap sudut itu


Setiap Sudut itu tersembunyi sesuatu,
Yang pada dasarnya sangat indah
Tiada kata selain SYUKUR yang mampu diungkapkan,
Terima kasih ILLAHI atas kurniaanMU..
Aku punya Kamu..












Setiap Sudut itu tersirat sesuatu
Yang tak tergambar dengan perkataan
Tak terlakar dengan kata-kata puitis
Tersemat bisu di dalam kalbU,
Dan aku menyukai setiap detik yang berlalu..
ALHAMDULILLAH..



















Setiap Sudut..
sudut-sudut yang membuktikan cinta itu mulai wujud sedikit demi sedikit memenuhi ruangan hati.. YaALLAH alangkah terharunya andai ia cinta yang DIREDHAI-MU..

Di setiap sudut malam yang sepi,
Ku mohon segunung impian..















Kemaskan ceritera kisah ini,
Biar ia rapi semampunya..
Dan dengan IZIN-MU
Satukan dua hati tanpa ia menjalar Fitnah yang senantiasa
Melingkari Fitrah kehidupan manusia ..


jangan pernah mengalah

salam..
Aku harap kemaafan itu ada dan menjadi milik aku. Ya aku mengaku ia kesalahan aku sendiri, ketidak pekaan aku, jadi tolong maafkanku. 

 Ia harapan kau, dan aku hancurkan.. Moga matahari pagi menyinar kembali semagat kau yang aku hilangkan sinarnya. 

Pendaftaran kursus BUSINESS ACCOUNTING, 5 june 2012.. tapi kelemahan aku dari dulu selalu tertukar june dan july.. aku tercakap 5.7 dia pun da already prepared, even not all. Then aku on email utk reply something dekat kolej tue, dan time tue baru aku tersedar yang aku da tersalah tarikh.. Apa lagi mampu aku buat...

 Aku try semampu dapat untuk bagitau kau sebaik mungkin, dengan mengharap hati kau tak akan terluka, tapi... kau tutur seindah bahasa namun kekecewaan hati tetap dapat ku rasai..

Pagi yang mendung di LABUAN.. aku dapat cal dari teman baik kau, dan dia terangkan betapa sayu gerak geri dan tindakan kau semalam selepas dapat tahu tentang itu..

SORRY..
BUT..
CAN YOU PLEASE,
Just think of all the things positive
You might miss the old but don't be negative
Just look at the brighter side of this
The sun comes up and you have a life to live
It doesn't means you can'T have another
Chance..

kebebasan dan kegembiraan yang teramat diimpikan semua..



Thursday, 10 May 2012

luahan kecilku..



Didalam setiap debaran pernantian,
Masa itu kurasa terlalu perlahan,
Langkah diatur bersilang gelisah,
Tertanya keliru tentang perasaan…



Andai nanti realiti ternyata bukan buatku,
Apa yang tinggal untuk digenggam,
Lesu telapak tangan ini,
Mencoret ceritera sebuah pelayaran sepi,
luahan si hati kecilku…



adyla
4.25pm
10.may.12

 

Sunday, 26 February 2012

mari atasi stress...

Yang paling utama sekali kita harus ingat pada DIA...
·         Allah
-          Anggap semua perkara adalah ujian dari-Nya.
-          Merendah diri dan sentiasa redha atas apa yang berlaku.
-          Jangan abaikan solat bagi muslim kerana solat itu amanah, kalau tinggal macam mana nak jalankan amanah dan tanggungjawab yang lain.

·         Senyum
-          Banyak yang ada masalah tarik muka dan mgeluh.
-          Kenapa tidak hadapi dengan senyuman.
-          Apabila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.
-          Senyum memberikan kita kekuatan dan keyakinan.

·         Bersendirian
-          Untuk mencari ketenangan
-          Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut positif.
-          Dan try perbaiki diri serta performance yang lebih baik.

·         Bertenang
-          Jangan serabutkan keadaan yang sedia ada.
-          Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan
-          Elakkan diri dari buat keputusan dalam keadaan tertekan
-          Bagi masa dan ruang pada hati dan pikiran kita yang sedang serabut.
-          Fikir sesuatu yang mgembirakan diri.

·         Tarik nafas dalam-dalam
-          Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

·         Berbuat baik kepada orang lain
-          Kurang lakukan sesuatu yang sakitkan hati orang sekeliling
-          Kalau terlihat seseorang yang membuat kita stress  adalah lebih baik jangan pandang dia.
-          Dan kalau cara percakapannya mendatangkan tekanan, adalah lebih afdal mendiamkan diri dan pekakkan telinga. Like kena marah dengan big bos la kan

·         Jadi seorang yang pemaaf
-          Mybe sukar tapi dengan cara ini sahaja dapat buat kita berlapang dada dan sekaligus stress dapat dikurangkan.
-          Yup memang sukar tapi ini salah satu jalan yang terbaik.

·         Peluk sesuatu
-          Teddy bear ke, kawan baik ke, bantal pun okey gak.
-          Apabila kita memeluk sesuatu ini dapat menenangkan dan meredakan  sedikit tekanan atau kemarahan.

·         Guna pewangi yang bersesuaian
-          Aroma terapi sebagai contoh lavender sesuai untuk  redakan tahap stress.
-          Kerana ia juga dikenali sebagai herba penenang  yang dapat surutkan stress kita.

·         Kasih sayang
-          Terapi yang paling mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan mahupun keluarga.
-          Kasih sayang mereka sumber kekuatan kita kerana dengan adanya mereka, kita tidak keseorangan didunia ini.

·         Ceria
-          Kita hidup sekali sahaja jadi nikmatilah ia
-          Sentiasa bersyukur dengan apa adanya kita
-          Jangan bebankan fikiran dengan setiap yang berlaku di sekeliling kerana apa yang jadi pasti ada hikmahnya.

·         Dapatkan tidur yang cukup
-          Sekurang-kurangnya 6-8 jam

·         Berfikiran positif dan kawal ketakutan
-          Elak dari menumpukan kepada perkara atau pikiran negetif
-          Sebaliknya focus pada sesuatu yang positif
-          Katakana sesuatu yang positif pada diri anda.

·         Rehat seketika
-          Stop sekejap untuk meminimakan tekanan.
-          Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan pada rakan.
-          Apabila kembali menyambung kerja anda pasti dapat lakukan kerja dengan lebih efektif.