Friday 16 September 2011

suSaH akU mencaRi kaWaN


Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Hulur persahabatan dengan iklas
Tanpa sebarang bayaran dan balasan
Atas ikatan suci persuadaraan…

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Menerima keindahan dan keburukan
Kecacatan dan kesempurnaan anugerah ILLAHI
Pada raut diri aku seorang hambaNYA..

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Mendengar dan berkongsi setiap rasa
Tawa serta tangisan bersama
Saat ujian pencipta menimpa diri ini…

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Tidak aku ditinggalkan tanpa alasan
Tidak aku dicaci kerana emosinya
Tidak aku disalahkan atas kecurigaannya
Dan tidak aku dibiarkan menangis atas pemergian
Kerana terungkai ikatan yang terbina selama ini…

Susah aku mencari kawan
Yang sebenar-benarnya kawan
Sudi bersahabat seperti kamu
Harungi masa tempuhi cabaran bersama
Sesungguhnya kehadiranmu ku harapkan
Sebagai pemangkuku takala hilang tempat berpaut
Dan sesat tika berlayar di keluasan dunia ILLAHI…

Ady
1809pm
16/09/11

No comments:

Post a Comment