Sunday 26 February 2012

mari atasi stress...

Yang paling utama sekali kita harus ingat pada DIA...
·         Allah
-          Anggap semua perkara adalah ujian dari-Nya.
-          Merendah diri dan sentiasa redha atas apa yang berlaku.
-          Jangan abaikan solat bagi muslim kerana solat itu amanah, kalau tinggal macam mana nak jalankan amanah dan tanggungjawab yang lain.

·         Senyum
-          Banyak yang ada masalah tarik muka dan mgeluh.
-          Kenapa tidak hadapi dengan senyuman.
-          Apabila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.
-          Senyum memberikan kita kekuatan dan keyakinan.

·         Bersendirian
-          Untuk mencari ketenangan
-          Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut positif.
-          Dan try perbaiki diri serta performance yang lebih baik.

·         Bertenang
-          Jangan serabutkan keadaan yang sedia ada.
-          Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan
-          Elakkan diri dari buat keputusan dalam keadaan tertekan
-          Bagi masa dan ruang pada hati dan pikiran kita yang sedang serabut.
-          Fikir sesuatu yang mgembirakan diri.

·         Tarik nafas dalam-dalam
-          Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.

·         Berbuat baik kepada orang lain
-          Kurang lakukan sesuatu yang sakitkan hati orang sekeliling
-          Kalau terlihat seseorang yang membuat kita stress  adalah lebih baik jangan pandang dia.
-          Dan kalau cara percakapannya mendatangkan tekanan, adalah lebih afdal mendiamkan diri dan pekakkan telinga. Like kena marah dengan big bos la kan

·         Jadi seorang yang pemaaf
-          Mybe sukar tapi dengan cara ini sahaja dapat buat kita berlapang dada dan sekaligus stress dapat dikurangkan.
-          Yup memang sukar tapi ini salah satu jalan yang terbaik.

·         Peluk sesuatu
-          Teddy bear ke, kawan baik ke, bantal pun okey gak.
-          Apabila kita memeluk sesuatu ini dapat menenangkan dan meredakan  sedikit tekanan atau kemarahan.

·         Guna pewangi yang bersesuaian
-          Aroma terapi sebagai contoh lavender sesuai untuk  redakan tahap stress.
-          Kerana ia juga dikenali sebagai herba penenang  yang dapat surutkan stress kita.

·         Kasih sayang
-          Terapi yang paling mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan mahupun keluarga.
-          Kasih sayang mereka sumber kekuatan kita kerana dengan adanya mereka, kita tidak keseorangan didunia ini.

·         Ceria
-          Kita hidup sekali sahaja jadi nikmatilah ia
-          Sentiasa bersyukur dengan apa adanya kita
-          Jangan bebankan fikiran dengan setiap yang berlaku di sekeliling kerana apa yang jadi pasti ada hikmahnya.

·         Dapatkan tidur yang cukup
-          Sekurang-kurangnya 6-8 jam

·         Berfikiran positif dan kawal ketakutan
-          Elak dari menumpukan kepada perkara atau pikiran negetif
-          Sebaliknya focus pada sesuatu yang positif
-          Katakana sesuatu yang positif pada diri anda.

·         Rehat seketika
-          Stop sekejap untuk meminimakan tekanan.
-          Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan pada rakan.
-          Apabila kembali menyambung kerja anda pasti dapat lakukan kerja dengan lebih efektif.


No comments:

Post a Comment