Saturday 7 January 2012

malaikat disisi kita.

salam,
sesuatu yang saya dapat dari blog en.Nasbun Norain. sesuatu yang kita sedar dan selalu kita abaikan dan melupakan. 
KITA SEMUA TAHU :
Setiap manusia mempunyai malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk yang menjaganya, mencatit amalannya dan merekodkan perbuatannya.
TAPI TAK SEMUA TAHU
Ada malaikat yang bertugas pada setiap 2 waktu sembahyang (Subuh dan Asar).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Malaikat malam dan malaikat siang sentiasa bergilir-gilir mendatangi kamu dan mereka itu berkumpul pada waktu sembahyang subuh dan ‘Asar kemudian naiklah yang menginap pada kamu, lalu Allah bertanya dan Dia sebenarnya memang mengetahui : Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu sepeninggalan kamu?” Jawab malaikat-malaikat itu; Kami tinggalkan mereka dalam sembahyang, dan kami datangi mereka sedang sembahyang pula”.(Hadis sahih riwayat Muslim).
KITA SEMUA TAHU :
 Ada malaikat yang mencatit kebaikan dan keburukan manusia.
TAPI TAK SEMUA TAHU:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: “Tunggu dahulu;” lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”
TIDAK SEMUA TAHU DALAM SEHARIAN:
Malaikat Raqib dan Atid merekodkan percakapan manusia, manakala malaikat Kiraman Katibin merekodkan perbuatan manusia.
Qaf [17] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

No comments:

Post a Comment